Ahad, 8 Januari 2017

bermula dengan kisah

wahai suami yang aku kasihi.

kehadiran kata kata ku ini adalah sebagai pengubat rindu aku kepada kau , terima kasih yang tak terhingga kerna sudi menjadi suami kepada aku walaupun tak sampai berapa tahun kita jadi suami isteri .  kita bernikah dengan hati yang masing2 terpaksa hanya untuk menutup malu antara keluarga kita , selepas bernikah aku digantung tak bertali oleh kamu.. selama sebulan aku menanti kau , selama sebulan aku merayu hidup aku disamping kau . aku banyak kali cuba untuk bunuh diri, makan pil,murung dan macam macam lagi yang aku telah lalukan, sebabkan allah swt menguji aku dan aku terus hidup sehingga kini .. atas berkat doa ibu dan kawan kawan aku , aku terus hidup dan menjadi seorang ibu kepada anak kita .

berat beban yang aku tanggung selama ini sebagai seorang isteri,yang kau tahu sebenarnya aku banyak terluka , aku banyak derita tapi kau buat tak tahu dengan apa yang terjadi kepada aku .. terima kasih atas segalanya .. kesusahan aku, kesulitan aku menjalani kehidupan ni hanya allah swt dn ibu sahaja yang banyak tahu apa yang telah berlaku .. aku takut kehilangan seorang ibu .. aku takod kehilangan keluarga aku.. disebabkan mereka aku masih disini menanggung derita yang tak pernah hilang ..

umur aku baru 23 tapi aku dah lalui macam2 dalam hidup aku, aku kcewa aku derita aku tangis segalanya . hanya aku sendiri yang tahu .. aku terlalu muda untuk semua ini, ya aku tahu allah menguji  aku untuk aku terus tabah dan menjadi seorang insan yang berguna suatu hari nanti supaya aku dapat jadikan mengajaran atas ape yang berlaku dalam hidup aku .. terlalu banyak yang aku ingin nyatakan disini tapi aku tidak dapat menahan sebak menagis membaca apa yang aku tulis .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan