Isnin, 2 Januari 2017
ADAKAH INI TAHUN BAGI AKU ?
assalammualaikom . dah masuk tahun baru dah pon , cukup lama aku tinggal kan blog aku ni .. tempat aku luahkan segala rasa aku selama ini . tahun 2016 tahun yang sangat pahit bagi aku , pelbagai dugaan yang aku lalui . sebuah perkahwinan, mengandung , melahirkan seorang anak, berhenti dari berkerja . nampak situ ? cukup besar pengorbanan aku sebagai seorang perempuan, anak , isteri dan jugak ibu .
alhamdulillah aku dah pun memlaui segala fasa itu . biar jauh disudut hati aku tiada siapa yang tahu . luahkan la macam mana pada seorang kawan , mungkin dia mengerti tapi x semua harus kita bagi tahu pada dia kan .
allahuakbar . adakah tahun ini tahun yang bahagia bagi aku ? sama seperti yang aku harapkam ?
adakah akan terhapus segala air mata aku ..?
tiada apa yang aku harapan kan tahun ini melainkan membesarkan anak,, berkerja dan bahagia .. aku sedih bila sikap suami aku selalu berubah2 terkdang melukakan hati aku tanpa berfikir langsung . terkdang kecewa aku tidak tahu bagaimana harus aku tunjukkan lagi kerna semua nya terlalu pahit bagi aku .. wahai anak . aku terpaksa pergi mencari rezeki , niat aku hanya ingin membesarkan kau dan menolong mak yang keadaan yang tengah susah . dah sampai waktunya aku berbakti kepadanya . terlalu banyak aku susahkan dia selama ini . wahai anak . andai panjang umur aku .. aku harap aku dapat melihat kau sehingga dewasa . andai panjang umur ku ... aku tidak akan menyakitkan hati mu wahai anak .. dan jika aku tiada lagi wahai anak , ingat lah yang aku sentiasa menyanyangi kamu dan ibu ku . jangan sesekali kau pergi ke keluarga papa mu , kau tidak tahu bagaimana hidup aku selama ini bersama mereka .. aku tidak mahu kau juga disakiti sama seperti aku .. kerna aku terlalu sayang akan kamu ..
haura nazhifa ..
jagalah dirimu . kekal lah kamu bersama keluarga ku . kerna aku pasti mereka akan berikan kamu sepenuh kasih sayang seorng ibu dan ayah .. malah kamu bertuah kerna disayangi oleh semua nya . belajar lah kamu sepandai yang mungkin, aku berharap kamu akan menjadi anak yang baik, solehah dan taat pada perintah ALLAH SWT. ingin kamu tahu satu perkara .. aku tidak putus sayang akan kamu , ikutkan hati aku ingin memberikan kamu susu sepenuhnya sehingga 2 tahun . tapi malang aku tidak mampu ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan